Powered By Blogger

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan!


Salam Ramadhan untuk semua. Tak terlambat lagi rasanya. Baru hari kedua berpuasa ni. Sebenarnya tergerak untuk berkongsi serba sedikit post mengenai bulan Ramadhan sehari sebelum kita berpuasa. Tapi setelah dijelajahi beberapa blog yang lain, rasa was-was pula.

Ada beberapa pendapat mengatakan hadith mengenai fadilat solat terawih setiap malam tu adalah hadith palsu. Huh, saya pun tak tahulah betul atau tidak kan. Tapi rasanya masa zaman sekolah dulu, macam ada iklan kat tv tentang fadilat solat terawih ni setiap hari. Hmm...kena tanya pada yang arif ni.

Azam bulan Ramadhan saya tahun ni? Nak amalkan perbelanjaan berhemah.Biasalah, dugaan di bazar Ramadhan. Tak termasuk lagi dugaan Sale yang kerap menduga DNA 'shopaholic' ku!Kualiti puasa pun nak kena upgrade ni. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga lagi. Kena tambah menjaga mata, mulut dan anggota badan sekali. Mulut ni nak kena kurangkan cakap benda tak berfaedah, mengumpat dan mengunyah.Hehe...Mata pulak kena cuti tengok 6pax Taecyeon kat Youtube. Badan pun dah tak boleh asyik pose kat katil jer.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu kebahagiaan dan ketenangan untuk kita semua. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment