Powered By Blogger

Thursday, August 5, 2010

Famous Amos Hangatkan Johor?


Famous Amos tiba-tiba mencipta populariti di Johor. Terima kasihlah atas kebijaksanaan seseorang di Facebook mungkin menyebabkan Famous Amos cawangan Asia Tenggara akan mengkaji pelan perniagaan baru di Johor. Mungkinkah kita akan melihat outlet Famous Amos bagai cendawan tumbuh selepas hujan selepas ini? Dan bagaimanakah nasib individu yang telah menyebabkan isu kebajikan rakyat ini dibangkitkan?oh, tiba-tiba terasa pedih di situ.

Orang-orang tua kita dah banyak kali berpesan. Kerana mulut, badan binasa. Ini mungkin boleh masuk kategori kerana Famous Amos, aku hilang kerja. Hisy, memang tak berbaloi.

Ini peringatan untuk rakan-rakan dan diri saya juga. Memang seronok menulis di Facebook, blog, tumblr atau apa sahaja medium yang ada di Internet ni. Beri peluang untuk diri kita jadi lebih ekspresif. Tapi, kena lah ingat selalu, etika perlu lah dijaga. Setiap patah perkataaan yang nak di publish perlu ditimbang-tara baik buruknya.

Hanya disebabkan satu statement yag kurang bijak di Facebook, dah diri sendiri susah. Dikeji dan dimaki orang ramai. Bayangkan kalau perkara ini sampai kepada majikan di pihak atasan, jangan dikenakan tindakan tata tertib sudah. Tambahan si penulis adalah kakitangan kerajaan yang bila-bila masa kalau ada si luncai di arena politik kemaruk nak cipta nama, jadi kambing hitamlah dia.

Yang kita yang jadi orang ramai ni pun, sudah-sudahlah memaki si penulis. Yang bersalah si penulis dan beberapa rakannya. Janganlah libatkan anak dan keluarga dia pula. Ini tidak, dengan baby kat dalam kandungan pun jadi mangsa makian. Tiada bezanya kita dengan penulis, kalau kita pun keluarkan statement yang bukan-bukan untuk menghentam dia.

Oh, lupa.Saya memang anak Johor sejati. Kat mana boleh cari outlet Famous Amos kat Johor? Entah, kat Jusco bukan ada ke selalunya? Jarang saya beli Famous Amos ni. RM8.90 untuk 100gram. Mahal kot?





No comments:

Post a Comment