Powered By Blogger

Wednesday, July 28, 2010

New Era For The Nerd!



Edward The 'Almost White' Vampire dah jadi outdated dalam pasaran. Jacob The '8pax' Wolf pun dah off season yer kawan-kawan. Say hello to the new hero in town. Jay Baruchel! Its the new era for the nerd ladies!hehe...Please watched him in She's Out Of My League and you know what I mean. I'm going to review the movie soon. So, stay tuned.

Atuk


Masa sekolah rendah dulu, pernah tak cikgu kajian tempatan korang bagi kerja sekolah tentang tokoh yang dihormati? Tak pun masa menengah rendah. Aku ingat lagi cikgu sejarah ada suruh buat folio tentang idola di kalangan ahli keluarga.Untuk kerja sekolah tu, aku pilih pak anjang aku jadi subjek. Sebab dia satu-satunya pakcik aku yang belajar sampai ke luar negara. Jadi, pada perkiraan aku ketika itu, mestilah pak anjang aku yang paling berjaya.

Tapi, kalau aku berpeluang untuk buat folio tu lagi sekali, aku akan pilih arwah atuk aku untuk jadi subjek. Sebabnya,atuk aku lah yang tokoh yang sebenar. Atuk aku tak pandai membaca rumi pun tapi mampu nak sekolahkan adik beradik mama aku yang seramai 11 orang tu. Mampu untuk hantar pak anjang aku belajar sampai US. Mampu didik anak-anak yang tak pernah lupa telefon bertanya khabar atau pulang ke kampung untuk menziarah.

Benda yang aku paling ingat tentang atuk adalah dia sangat pentingkan ilmu. Since aku kecil, soalan utama yang dia akan tanya bila aku & adik-adik balik kampung ialah periksa dapat nombor berapa? Dan lepas tu dia mesti akan bagi duit kat kitaorang. If kitaorang dapat nombor lebih dari 3 dia akan cakap, "lepas ni belajar betul-betul. Kalau tak nanti atuk taknak sayang". Hehe..,mesti la kena belajar betul-betul kan.Nanti atuk dah taknak sayang, sape lagi nak bawak kitaorang naik motor keliling kampung. Dahla best dapat 'pau' atuk beli jajan kat kedai Tuk Mong merangkap atuk saudara merangkap tuan punya kedai runcit.Nasib baik kedai Tuk Mong ni kat kampung sebelah. Mau muflis mama ayah aku kalau kedai ni sebelah rumah. Dan setiap kali balik kampung, atuk akan bawa kitaorang round jumpa adik beradik dia yang tinggal berdekatan. Time ni aku paling lemah. Sebab atuk-atuk sekalian akan berbicara dalam bahasa rasmi mereka iaitu bahasa jawa. Yang aku pass siji sampai sepulo, wes mangan, wedok, lanang..haha.Itu saja.

Even atuk aku ni hanya kerja menoreh getah, tapi aku rasa atuk aku ni ada visi macam orang yang keje gomen. Mama aku cerita, lepas habis sekolah rendah mama cakap kat atuk yang dia nak masuk sekolah Inggeris kat bandar. Time 70-an dulu, mentaliti orang-orang kita masih berpegang pada orang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Even ramai yang hanya belajar setakat sekolah rendah. Tapi atuk aku boleh benarkan mak aku belajar di sekolah Inggeris tanpa banyak soal.And even masa mama aku masuk U dulu, atuk aku yang bersusah payah hantar ke UTM KL.So, lepas hantar mama atuk nak kena tunggu esok hari sebelum dapat naik bus balik ke BP.
Time tu mana lah ada duit. Jadi atuk pun pegi kat balai polis & cakap kat polis kat situ yang dia nak menumpang tidur.

Hmm...ada terlalu banyak kisah tentang atuk yang boleh aku kongsi. Mungkin di lain entri. Kenapa tiba-tiba aku boleh menulis pasal atuk?Hmm...Ramadhan dah semakin hampir.Lepas tu, kita berjumpa pulak dengan Syawal. Raya dah tak sama tanpa atuk.Dah takda orang yang akan sibuk untuk buat rempeyek, pasang pelita dekat laman, layan kami nak berbuka dan belikan cucu-cucunya bunga api. Rindu rasanya nak berbuka puasa dengan atuk. Syawal tahun ini mungkin dah masuk Syawal ke 3 kami tanpa atuk. Rasanya tak sesukar Syawal pertama kami tanpanya. Tapi tetap takkan sama kan.

So, anda semua masih punya atuk?Ringan-ringankan mulut untuk bertanya khabar.Sebab kita selalu saja takes thing for granted.Bila dah tiada depan mata, baru nak tercari-cari.

Alfatihah untuk Allayarham Othman bin Hadith...Amin.







Monday, July 26, 2010

Bila Penyakit M Datang


Argh...
Bila penyakit M ni datang, memang susah nak hilang.
Agaknya lah kan, kalau lah ada saintis yang berjaya extract antibiotik R, memang dah lama Bill Gates angkat topi.
Aku la jadi orang utama yang beli antibiotik ni.

Malas-malas pakcik kat atas tu pun, bagi susu dan daging. Malas-malas aku, hmm... tak dapek den nak menolong!




Sunday, July 25, 2010

Lalang


Hmm... hampir 3 bulan tak berkunjung. Dah penuh dengan lalang rupanya jajahanku ini.
Entah-entah, ular pun dah mula nak bersarang.

Tak mengapalah. Mungkin lepas ini, aku akan punya lebih banyak masa untuk menebas.
Rutin harian pun dah tak sama macam dulu. Cuba untuk jalani hidup untuk diri sendiri, rakan-rakan & keluarga. Lama dah rasanya tak letakkan diri sebagai prioriti utama.Untuk tempoh 4bulan akan datang sekurang-kurangnya.


Rakan-rakan ramai dah bertukar 'gerabak'. Menuju ke destinasi yang lebih mencabar. Dunia sebenar yang tidak seselesa dunia kami dahulu. Aku saja yang masih tersangkut di hentian yang sama. Tak mengapalah. Bukan destinasi itu yang perlu aku kejar. Journey nya yang perlu aku nikmati. Mungkin saja aku belum cukup sedia untuk menghadap sepak terajang duniawi.

Buat rakan-rakan, selamat datang ke dunia sebenar.

Buat dunia sebenar, nantikan kedatanganku.