Powered By Blogger

Monday, August 2, 2010

MTV World Stage Live In Malaysia!


Ya, saya berpanas & berhujan si Sunway Lagoon Surf Beach hari Sabtu yang lalu. Bersama Cik Tuan Tanah, Cik Marni yang menaja tiket X-Zone ku & adiknya.Huhu...Kami bertiga gigih meneroka LDP untuk sampai ke Sunway dan akhirnya berjaya mendapatkan parking free di depan KFC.Clap clap clap...Sangat berbangga dengan diri sendiri.

Begitu gigih kami beratur, walaupun dalam perjalanan saya dijamu dengan tag Sale di seluruh pelusuk Sunway Pyramid.Sangat menggugat kesabaranku.Aiseh...

Selain menyedari titis-titis peluh yang semakin mencurah, tiba-tiba rasa terasing di negara sendiri. Di depan kami, ada group of teens yang saya rasa berumur dalam lingkungan 13-14 tahun. Seriously, 1 Malaysia! Sebabnya? Saya dah tak tahu nak bezakan yang mana Melayu, Cina, India, Eurasian. Memang dah takde typical looks Malay @ Chinese @ Indian. Tapi saya dengan yakinnya rasa ada Malay boy & girl dalam group tu. Yelah, tak pernah pulak dengar ada Chinese yang namakan anak dia Reza @ Aliya kan. Dan group of teens ni sangat up to date dressing nya. Yang girl, dengan hot pants dan spagetti top, yang boy, branded shirt with shorts. Dan handphone mereka kawan-kawan, hehe...BB & Iphone ok!Akak malu nak keluarkan Sony E yang dah calar balar tu.haha...


Bersama Cik Tuan Tanah yang berbasahan sehingga malam. Hujan dengan strategiknya turun sebaik saja kami sampai ke Surf Beach.
Oh maaf, saya memang tak capture apa-apa pun semasa konsert tu. Cuma mahu menikmati konsert.Nasib baik jugak tak membebankan diri membawa DSLR di kala hujan turun mencurah-curah. Gambar hanya di capture menggunakan handphone. Cuma Cik Tuan Tanah & adiknya yang sibuk merakam guna digi cam mereka.

How was the concert? Hmm...Bunkface? Memang tak dinafikan la Bunkface boleh perform live dan Sam agak bagus dari segi komunikasi tapi saya rasa its mtv world stage man!You should try harder! At least ada special music arrangement ke for the concert. Rasa macam tengok ordinary gigs. Dan rasanya Bunkface perform terlalu sekejap. Dalam 30 minit saja rasanya.


Wonder Girls sangat cantik!macam barbie doll! And the cage, sangat hot!haha..saya hanya tahu lagu Nobody tapi saya enjoy dengan show mereka. Dan WG sangat baik hati untuk keluar sekali lagi dengan Nobody sebagai penutup konsert. Saya tak pasti sama ada wujudnya technical prob semasa WG ni perform atau tidak sebab members of WG asyik betulkan kedudukan mic diaorang & suara pun agak tenggelam. Ke sebab WG ni tak capable nak nyanyi live?haha...

Line up seterusnya, Tokio Hotel. Frontman nya sangat mengingatkan saya kepada Adam Lambert versi lebih kurus.hehe..Sepanjang show Tokio Hotel saya tertanya-tanya sama ada mamat ni straight atau tidak.haha...Suara dia sangat lembut bila dia bercakap. Sebenarnya saya tidaklah begitu tahu dengan muzik Tokio Hotel ni. Hanya pernah terdengar lagu Automatic di Fly sahaja. Tapi vibe bila tengok konsert secara live memang sangat berbeza. Even lagu yang kita jarang @ tak pernah dengar pun akan jadi catchy ketika konsert. The magic of live show!

Katy Perry! Oh, saya takkan teragak-agak untuk pergi solo concert Katy Perry sekiranya dia berhajat untuk perform di Malaysia lagi. Sangat berbaloi berbasahan sehingga 11.30 malam menunggu Katy Perry keluar bersama set banana split nya. Katy sangat superb!Dan khas untuk MTV World Stage Malaysia, Peacock! Sangat catchy ok lagunya walaupun asyik terngiang-ngiang di kepala kenapakah liriknya perlu jadi, " I wanna see your peacock".Peacock apekah?haha..
Saya tertanya-tanya mungkinkah leggings dan tutu putih ini adalah outfit yang paling sopan pernah dipakai Katy??? Dan ending show Katy yang akan terus menghantui tuan punya tiket di X-Zone adalah apabila Katy melompat ke arah kami. Saya pun hanya tahu benda ni bila baca artikel di suratkhabar. Sebab pandangan saya agak dihalang oleh bola-bola besar yang berada di atas kami. Sedar-sedar je, Katy dah semakin dekat. Oh...sangat gila situasinya ketika itu.Mati-mati saya ingatkan crowd di depan kami dah robohkan pagar.haha....

oh, 2 little boys ini adalah peminat setia Katy Perry ok! Dan mereka hanya datang berdua tanpa ditemani abang, kakak, mak ayah, orang gaji @ pengawal peribadi. Tiba-tiba teringat 2 adik lelaki saya di rumah yang masih berebut tengok Spongebob di tv setiap petang. Huh, berbeza sungguh situasinya.

Dan hari ku berakhir dengan penuh kejayaan apabila Sony E ku yang calar balar itu berjaya mengatasi kehebatan Iphone yang sangat dihajati.haha...Ketika cuba membersihkan kasut yang dicemari pasir surfbeach, aku didekati seorang teenage girl yang berhasrat meminjam hp disebabkan hp nye kehabisan bateri. Katanya, nak call mak nak bagitahu location supaya emak dia boleh jemput. Mula-mula rasa teragak-agak.Yelah, kan memang macam tu taktiknya kalau pencuri nak bawa lari hp kita. Tapi bila terlihat Iphone di tangan budak perempuan tu, aku terus senyum & tanpa banyak cerita bagilah hp ku kat dia.haha...sebabnya dalam hati aku, "memang tak lah dia nak rembat hp buruk aku ni.Iphone kot kat tangan dia tu."

Keep rockin!

No comments:

Post a Comment