Powered By Blogger

Monday, February 22, 2010

Just Follow lor....


Baru pulang dari kampung halaman setelah seminggu memanjakan diri di rumah. Cuti Tahun Baru Cina yang dihabiskan dengan aktiviti menghabiskan isi perut peti sejuk, berebut channel tv dengan adik & mengukur ketebalan tilam.
Hasil aktiviti berebut channel tv dengan adik akhirnya membawa kami menonton filem Just Follow Law, filem komedi Singapore yang diarahkan oleh Jack Neo (dia juga pernah arahkan Ah Long Pvt. Lmtd.). Just Follow Law sebenarnya diangkat dari frasa Singlish, Just Follow lor... (yang maksudnya seperti; ala, ikut je apa yang orang suruh. tak perlu nak persoalkan). Filem komedi ini sebenarnya melihat secara satirical (sumpah aku tak tahu maksud komedi satira ni)undang-undang & peraturan kerajan yang langsung tidak fleksibel dan ketinggalan zaman serta mindset kakitangan kerajaan yang terlalu rigid.
Filem ini pada aku sesuai untuk semua usia. Terpulang pada kita nak compute apa sebenarnya yang cuba Tuan Director cuba sampaikan. Bagi adik aku yang umur 12 tahun, dia suka filem ni sebab memang kelakar bila tengok Fann Wong dan Gurmit Singh tertukar badan. Bayangkan macam mana Gurmit Singh jalan kepit dan Fann Wong yang cute tu kencing berdiri. Bagi aku pulak, filem ni sebenarnya menjentik secara komedi sikap pegawai kerajaan dan kerenah birokrasi agensi kerajaan.( agaknya kalau dekat Malaysia, filem macam ni lepas untuk tayangan ke?ops...).
Karakter dalam filem ini sememangnya wujud dalam realiti. Mungkin bagi kita yang belum bekerja tak akan nampak situasi ini. Tapi dengan pengalaman organisasi aku yang tak seberapa ni, sememangnya aku jumpa karakter-karakter seperti ni. Karakter CEO yang hanya tahu menuding jari pada orang lain bila wujud masalah dalam syarikat. Karakter 2 orang pegawai atasan yang sudah berusia yang hanya tahu 'kipas' orang atasan mereka. Karakter Lim (Gurmit), pekerja kolar biru yang langsung tidak dedikasi pada tugas & tiada matlamat hidup.
Bagaimana lelahnya berhadapan dengan birokrasi apabila berurusan dengan agensi kerajaan. Ada satu scene di mana mereka ingin dapatkan kebenaran untuk menggantung iklan berkenaan job fair di MRT (Mass rapid Transit). dari satu agensi ke satu agensi mereka perlu dapat kebenaran. Sebabnya untuk gantung di tiang landasan MRT, perlu minta kebenaran bahagian pengangkutan. kemudian bahagian keselamatan sebab tak mahu mereka dipersalahkan jika berlaku kemalangan. Perlu juga minta kebenaran pejabat tanah sebab pegawai di bahagian pengangkutan kata tiang MRT tu dibina atas tanah yang menjadi tanggungjawab pejabat tanah. Dan prosedurnya tak pernah berakhir.Hmm...sinis kan penceritaan Tuan Director.
Pada aku, filem seperti ini yang perlu karyawan negara kita hasilkan. Bukan sekadar filem berteraskan populariti, senang dijual tanpa mencabar minda dan pemikiran penonton. Tonton filem ini, dan anda mungkin akan membuka ruang perspektif yang baru.

Sunday, February 21, 2010

Titik Mula



Di sini titik mula sebuah 'dunia' kecil yang dibina oleh hambaNya
Dengan penuh harapan 'dunia' ini akan menyumbang sesuatu kepada dirinya sendiri mahupun orang luar yang sudi membaca
Mungkin juga boleh menyumbang kepada saham akhiratnya jika 'dunia' ini bisa menyentuh kesedaran seorang manusia
Harapannya juga agar 'dunia' kecil ini tidak akan akan menyumbang index dosanya
Kerana dia sedar mata pena lebih tajam dari mata pedang bisanya
Aku tak pandai menyanyi, jadi aku tak dapat nak nyanyikan isi hati
Melukis lagi la tak tahu, macam mana nak suruh aku draw & paint pengalaman hidup yang tak seberapa ni
Aku pun bukannya pencerita yang baik, sebab aku selalu merosakkan cerita yang sepatutnya best jadi cerita yang membosankan..
Tapi aku seorang pembaca yang sangat teruk ketagihannya
Pemerhati yang setia
Pemikir yang tak pernah henti berfikir
Dan aku sangat senang berkongsi ilmu yang tak seberapa
Dengan mereka yang sudi menerima...