Powered By Blogger

Sunday, March 28, 2010

Evolusi KL Drift 2 vs V3 samseng Jalanan





& the winner is......


Disebabkan kegigihan yang ada (hehe...alasan alasan) aku telah menghabiskan RM17 dalam tempoh 2 minggu hanya untuk menonton 2 filem melayu di panggung. Aku sangat selektif sebenarnya bila menonton ni. Lagi-lagi kalau berlakunya aliran keluar wang tunai. Tapi dengan semangat nak menyokong filem garapan anak tempatan, kawan-kawan menjadi mangsa heretanku ke TGV Mines. Dan disebabkan juga malam dah nak menjengah pagi, mata pun semakin berat, aku review Evolusi KL Drift 2 dan Rempit V3 dalam bentuk point. Mudah dimasak, sedap dimakan (yer...aku sedang lapar sekarang ni..).


Kenapa perlu & tak perlu menonton Rempit V3 :
  • first time Lisa Surihani pegang watak antagonis walaupun aku rasa keje dia hanya buat muka masam, smoking & bagi berdas-das jelingan tajam. Oh, Lisa ada scene belasah Bront dan dia juga kena belasah dengan Farid.

  • aku rimas dengan watak Radhi. Tak tahu kenapa tapi yang pentingnya rasa rimas dengan movement & skrip dia.

  • Acting Farid biasa-biasa saja. Dan Intan Ladyana hmm...memang macam tu jugaklah acting dia. Signature kot.hehe...

  • Pernah terbaca yang filem ini sebenarnya ada hampir 40% pemotongan dari LPF dan kebanyakannya untuk race scene, tapi aku tetap rasa Farid sememangnya dikalahkan bertiang-tiang oleh Shamsul dalam pembinaan jalan cerita.

  • Jalan cerita sangat lemah. Tak faham kenapa intan perlu kiss Farid di helmet hanya sebab Farid tolong dia untuk pertama kalinya (ya..1st time jumpa yer kawan-kawan.rasa macam murahan sangat)

  • Ada 1 scene di mana Farid pula nak kiss Intan & tiba-tiba macam scene itu dipotong (lame sangat Tuan director!)

  • & ending cerita hanya dihabiskan dengan tulisan berkajang-kajang.Huh...aku sangat tak suka filem macam tu.Macam nampak sangat Director malas nak fikir scene.Baik buat novel terus!

Kenapa perlu & tak perlu menonton Evolusi KL Drift 2 :

  • Tuan Director jahanamkan Toyota Supra & Mazda RX7 for real!

  • Action scene yang sangat-sangat superb!Untuk budget chiput local movie, memang menangis Director dari Hollywood tengok hasilnya. & saya rasa semua action tu real & tak menggunakan CGI langsung (kalau ada pun, memang tak perasan).Clap clap clap...

  • Acting Shamsul dah bertambah baik. Dah kurang sedikit kayunya. Kalau nak dibanding dengan Farid yang juga Act & direct dalam V3, memang kena tinggal banyak tiang la Farid.

  • Shaheizy Sam & Aaron sangat superb!!! 4 thumbs up! Dua-dua watak antagonis ni memang sangat overshadow watak yang lain. Cara Aaron pegang pistol, Sam bercakap pelat Cina, undescribable...memang kena tonton sendiri.

  • Tak tahu la kenapa. Tapi saya memang tak boleh tengok Farid dalam filem ni. Mungkin saya tak suka tengok cara Farid bina watak dia yang kecewa bila dia jadi cacat. Skrip terlalu panjang & feel pun tak real. & gaya Farid sangat Johnny Depp wannabe.Fizikalnya sahaja. mungkin sebab style rambut & fedora hat yg dia pakai.
  • Acting Scha tak konsisten. Ada scene yang nampak Scha sangat natural (karakter hampir sama dengan 'Dania') tapi bila scene luahan perasaan dengan Zack, watak Aliya nampak tak natural.
  • Scene misi balas dendam Joe & Erry vs Sham & Aliya yang sangat real!Macam terasa diri sendiri dibelasah.
  • Director kena belajar lagi buat scene yang berjiwa. Sebab bila scene yang slow, rasa kurang asam garamnya. Tapi memang tak dapat nak nafikan action scene nya.
  • Ending scene yang bijak pada saya. Sangat coolio tengok Mazda RX7 menjunam di highway. & ekspresi Shamsul untuk ending scene pun not bad la..