
Oh, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada drama ini sebenarnya. Sebabnya Heykal Hanifah bukanlah Director favourite saya. Masih tidak dapat menandingi Feroz Kader saya rasa. Feroz Kader yang direct cerita apa? Asmaradana, Adamaya dan paling terbaru Janji Kekasih.

Perempuan dalam gambar di atas adalah antara penyebab utama kenapa saya follow Laila Asyikin. Oh, dia kelihatan sangat cantik!Walaupun kadang-kadang saya rasa dia lagi cantik bila bertudung. Sangat jarang perempuan ini keluar di mana-mana media. Mungkin sebab masih baru lagi.
Gambar buah hati pengarang jantung tidak akan di upload dalam post ini. Bimbang post ini akan melalut sehingga menjadi novel cinta. Oh, kenapakah kamu perlu sangat handsome dan baik dalam cerita ini?
Laila Asyikin buatkan saya berfikir. Ada kawan-kawan saya kata Laila macam sangat tegas perwatakannya. Yelah, tengok pada cara dia uruskan masalah keluarga dan syarikat bila si husband dilanda musibah. Tapi rasanya di luar sana, mana-mana perempuan yang anchor dalam bidang mereka, semua berperwatakan sedemikian. Bukan senang tau seorang perempuan nak jadi pemimpin. Dengan skeptikal masyarakat lagi tentang 'kecerewetan' dan 'ke emotional an' lady boss. Fikir tentang anak-anak lagi di rumah. Jadi kawan-kawan, bos lelaki @ perempuan masing-masing ada pro and cons nya yang tersendiri.
Oh, saya agak malas untuk komen tentang kebaikan watak Ikhmal. Agak skeptikal dengan kewujudan orang seperti Ikhmal di dunia sebenar. Tapi best jugak kalau saya berada di tempat Laila. Sentiasa ada seseorang yang sedia membantu di sisi tanpa mengharapkan apap-apa. Huh, kan bagus kalau semua 'bekas' pasangan boleh berbaik macam tu. Dah memang bukan jodoh nak jadi suami & isteri, kenapa perlu bertukar status jadi musuh pula kan?
Oh, saya masih berada dalam keadaan berkabung.Chenta hati baru meninggal kena tembak time nak selamatkan family ex-girlfren. Sob sob sob...
No comments:
Post a Comment