Powered By Blogger

Thursday, April 15, 2010

Inikah Cinta?



Masa zaman remaja hingusan, aku selalu rasa drama Rashid Sibir macam sweet jer semuanya. Hero n heroin confirm padan punya la kan. Ayat romantik habisan n scene dengan background lagu melankolik tak ingat. Tapi bila dah kuantiti garam semakin banyak dalam badan (hehe..xnak ngaku tua), kedutan mata & dahi pun macam dah nak tunjuk muka, aku dah mula rasa drama RB macam lousy gila.Kalau bercinta tu alasan nak gaduh tak kukuh sungguh. benda remeh pun nak gaduh. Yang hero pulak tak tahu nak tegas. Prob kecil pun boleh jadi sebab nak break. Kesimpulannya, dah lama aku tak tengok love drama Melayu yang aku rasa sweet n real.
Tapi Adammaya buat dalam hati saya ada taman bunga ros setiap petang. Tak perlu ayat romantik, tak perlu juga scene bercinta yang melampau. Dengan simple gesture n dialog yang biasa-biasa sahaja tahap pengaratannya, kita boleh nampak yang Adam sangat care pada Maya.

Orang selalu kata, zaman BB n Iphone macam sekarang ni wujud lagi arrange married. Boleh bahagia ke? Mak ayah kita dulu boleh la & macam-macam lagi. Tapi pada aku, boleh saja bahagia walaupun tak pernah bercinta sebelum kahwin.

Allah protects those spreading Love through His Glory
Where are those who love one another through My Glory?
Today I shall give them shade in My Shade, it being a day when there is no shade but My Shade.
It was related by al-Bukhari (also by Malik).

Perasaan cinta, kasih & sayang tu boleh diibaratkan macam tulip yang ada dalam bulb. Tak berkembang, tak bercambah even bertahun-tahun dia kat dalam bulb. Tapi bila dikeluarkan, disiram, dibaja, dijaga dengan baik, tulip tu akan berkembang jadi bunga yang cantik selepas 1 tempoh. Jadi, tak mustahil kan perasaan kasih, sayang & cinta tu akan wujud selepas 1 tempoh kalau kita berusaha ke arah bahagia itu.






1 comment:

  1. wau...kata-kata yang sungguh touching,huhu..dh nampak dh akak akn mendirikan mahligai bahagia slepas kak murni dan abg nasir,hihi..

    ReplyDelete