Powered By Blogger
Showing posts with label Rambling. Show all posts
Showing posts with label Rambling. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Failure


in life, if you never want to fail

the way is to never attempt to accomplish anything

rather than being scared of being hurt

think what a waste it is not to attempt to accomplish something

the good thing about youth is that you get the chance to attempt to accomplish things



'write it as a failure but read it as an experience'

Sunday, August 15, 2010

Bebelan Pagi Hari

Pagiku yang hening tiba-tiba dihiasi suara dua lelaki.

Siapakah?

Oh, abang yang buat wiring minggu lepas kot...


Alamak, nak kena pegi buat 'number 1' la. Macam mana nak pegi toilet ni?Malas la plak nak tukar 'uniform' ni...

Takpe2. Tahan kejap. Nanti abang tu dah takde kat area toilet, baru bleh pegi.

Layan majalah dulu lah. Cuci mata sambil menahan hajat.

Pose zaman dulu-dulu dapat upah...skang x dpat..huhuhuhu..tym kecik2 la...tu smgt je nak pose

Huh? Pose? Mamat ni model agaknya time kecik dulu. Isy, takkan la moedelling agency bayar model kanak-kanak je. Confuse confuse. Ke mamat ni tak cukup hensem jadi model bila dah besar ni? Time dulu je cute tak?

Sumpah bazir neuron aku di pagi buta ni. Pose = Puasa! Tak faham kenapa dalam majalah boleh praktikkan cara penulisan macam ni. Gewdixs!

~yang ni memang dibayar untuk pose!

Wednesday, July 28, 2010

Atuk


Masa sekolah rendah dulu, pernah tak cikgu kajian tempatan korang bagi kerja sekolah tentang tokoh yang dihormati? Tak pun masa menengah rendah. Aku ingat lagi cikgu sejarah ada suruh buat folio tentang idola di kalangan ahli keluarga.Untuk kerja sekolah tu, aku pilih pak anjang aku jadi subjek. Sebab dia satu-satunya pakcik aku yang belajar sampai ke luar negara. Jadi, pada perkiraan aku ketika itu, mestilah pak anjang aku yang paling berjaya.

Tapi, kalau aku berpeluang untuk buat folio tu lagi sekali, aku akan pilih arwah atuk aku untuk jadi subjek. Sebabnya,atuk aku lah yang tokoh yang sebenar. Atuk aku tak pandai membaca rumi pun tapi mampu nak sekolahkan adik beradik mama aku yang seramai 11 orang tu. Mampu untuk hantar pak anjang aku belajar sampai US. Mampu didik anak-anak yang tak pernah lupa telefon bertanya khabar atau pulang ke kampung untuk menziarah.

Benda yang aku paling ingat tentang atuk adalah dia sangat pentingkan ilmu. Since aku kecil, soalan utama yang dia akan tanya bila aku & adik-adik balik kampung ialah periksa dapat nombor berapa? Dan lepas tu dia mesti akan bagi duit kat kitaorang. If kitaorang dapat nombor lebih dari 3 dia akan cakap, "lepas ni belajar betul-betul. Kalau tak nanti atuk taknak sayang". Hehe..,mesti la kena belajar betul-betul kan.Nanti atuk dah taknak sayang, sape lagi nak bawak kitaorang naik motor keliling kampung. Dahla best dapat 'pau' atuk beli jajan kat kedai Tuk Mong merangkap atuk saudara merangkap tuan punya kedai runcit.Nasib baik kedai Tuk Mong ni kat kampung sebelah. Mau muflis mama ayah aku kalau kedai ni sebelah rumah. Dan setiap kali balik kampung, atuk akan bawa kitaorang round jumpa adik beradik dia yang tinggal berdekatan. Time ni aku paling lemah. Sebab atuk-atuk sekalian akan berbicara dalam bahasa rasmi mereka iaitu bahasa jawa. Yang aku pass siji sampai sepulo, wes mangan, wedok, lanang..haha.Itu saja.

Even atuk aku ni hanya kerja menoreh getah, tapi aku rasa atuk aku ni ada visi macam orang yang keje gomen. Mama aku cerita, lepas habis sekolah rendah mama cakap kat atuk yang dia nak masuk sekolah Inggeris kat bandar. Time 70-an dulu, mentaliti orang-orang kita masih berpegang pada orang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Even ramai yang hanya belajar setakat sekolah rendah. Tapi atuk aku boleh benarkan mak aku belajar di sekolah Inggeris tanpa banyak soal.And even masa mama aku masuk U dulu, atuk aku yang bersusah payah hantar ke UTM KL.So, lepas hantar mama atuk nak kena tunggu esok hari sebelum dapat naik bus balik ke BP.
Time tu mana lah ada duit. Jadi atuk pun pegi kat balai polis & cakap kat polis kat situ yang dia nak menumpang tidur.

Hmm...ada terlalu banyak kisah tentang atuk yang boleh aku kongsi. Mungkin di lain entri. Kenapa tiba-tiba aku boleh menulis pasal atuk?Hmm...Ramadhan dah semakin hampir.Lepas tu, kita berjumpa pulak dengan Syawal. Raya dah tak sama tanpa atuk.Dah takda orang yang akan sibuk untuk buat rempeyek, pasang pelita dekat laman, layan kami nak berbuka dan belikan cucu-cucunya bunga api. Rindu rasanya nak berbuka puasa dengan atuk. Syawal tahun ini mungkin dah masuk Syawal ke 3 kami tanpa atuk. Rasanya tak sesukar Syawal pertama kami tanpanya. Tapi tetap takkan sama kan.

So, anda semua masih punya atuk?Ringan-ringankan mulut untuk bertanya khabar.Sebab kita selalu saja takes thing for granted.Bila dah tiada depan mata, baru nak tercari-cari.

Alfatihah untuk Allayarham Othman bin Hadith...Amin.